......research......

Friday, December 09, 2005

BAB 6


KESIMPULAN


Dewasa ini, pengaplikasian Neural Network dalam kehidupan seharian semakin memainkan peranan penting apabila telah disedari berupaya membantu manusia dalam bidang-bidang tertentu seperti untuk meramalkan jumlah hujan tahunan. Ia lebih dikenali sebagai Artificial Neural Network yang juga turut digunakan dalam penyelenggaraan perisian. Apabila semakin banyak aplikasi telah menggunakan Neural Network, maka kajian ini dilaksanakan agar turut dapat menyumbang sesuatu idea yang boleh membawa peningkatan dan pembaharuan yang berkesan.
Dalam keseluruhan proposal ini, telah diperihalkan secara terperinci mengenai kajian yang dijalankan iaitu memfokus kepada satu program Neural Network yang telah dilaksanakan teknik reverse engineering beserta juga segala analisis mengenainya. Rekabentuk juga telah dilaksanakan agar pengguna lebih memahami dengan jelas dan telus aliran perjalanan kajian. Kajian juga dilaksanakaan supaya program Neural Network ini dapat dijalankan dalan sistem yang selari (parallel system)
Oleh yang demikian, apa yang diharapkan ialah kajian ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan dapat diimplementasikan sepertimana yang diharapkan.